Powered By Blogger

Sunday, 7 August 2016

SMK Taman Ria Jaya Patrol Dengue Choral Speaking

Program Pelancaran Patrol Denggi SMK Taman Ria Jaya

PROGRAM PELANCARAN PATROL DENGGI SMKTRJ


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN RIA JAYA SUNGAI PETANI KEDAH


Pada 27 JULAI 2016SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN RIA JAYA telah mengadakan satu kempen untuk mencegah denggi sempena PROGRAM PATROL DENGGI KEBANGSAAN.Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya aedes.Program ini melibatkan seluruh warga di sekolah ini."Program ini adalah tanggungajawab yang telah diberikan oleh kementerian kepada pihak sekolah dalam membantu menyebarkan maklumat mengenai bahaya nyamuk aedes. Memandangkan lokasi sekolah berada dalam kawasan yang kerap berlakunya kes denggi,kita perlulah berasama-sama dalam menangani masalah ini."kata ENCIK OTHMAN BIN AHMAD yang merupakan pengetua smk taman ria jaya



ATUR CARA PROGRAM PATROL DENGGI


8:00 PAGI

>>Perhimpunan sempena program patrol denggi 


8:30 PAGI

>>Nyanyian lagu negaraku dan diikuti dengan bacaan doa untuk memulakan majlis

>>Ucapan daripada pengetua, ENCIK OTHMAN BIN AHMAD


9:00 PAGI

>>Laungan "HAPUS DENGGI" secara beramai-ramai

>>Pelancaran PROGRAM PATROL DENGGI KEBANGSAAN

>>Acara senamrobik yang melibatkan seluruh warga sekolah


9:30 PAGI

>>Mengedarkan risalah di Pasar Pagi Taman Ria Jaya


10:00 PAGI

>>Program tamat



AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA KEMPEN


Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan termasuklah bergotong-royong membersihkan kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes seperti longkang, semak-samun dan lain-lain.Bagi kawasan pemuahan pula,tempat yang selalunya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes ialah di mana tempat yang mempunyai air bertakung seperti dulang pelapik peti sejuk,kolam hiasan,pasu bunga,dan lain-lain


"Selain itu,pihak sekolah juga berkerjasama dengan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Daerah bagi melaksanakan aktiviti ini dengan sempurna"kata ENCIK OTHMAN lagi.


>>ACARA SENAMROBIK



Acara senamrobik turut diadakan pada hari pelancaran tersebut. Acara ini melibatkan seluruh warga di SMK TAMAN RIA JAYA.


>>LAUNGAN "HAPUS DENGGI"




Pengetua SMK TAMAN RIA JAYA iaitu ENCIK OTHMAN BIN AHMAD melaungkan "HAPUS DENGGI" dan diikuti oleh para pelajar semasa pelancaran KEMPEN PATROL DENGGI.




>> AKTIVITI KEMASYARAKATAN                                                





Beberapa murid yang terlibat dengan acara kemasyarakatan iaitu dengan cara mewar warkan kepada seluruh penduduk di taman ria jaya berkaitan dengan denggi telah mengedarkan risalah kepada pengunjung yang datang ke PASAR PAGI TAMAN RIA JAYA.


Sunday, 24 July 2016

Tanda-Tanda Demam Denggi?

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.


PEMASTIAN DIAGNOSA PENYAKIT
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.


RAWATAN

  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Apa Itu Demam Denggi?


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.



DEMAM DENGGI BERDARAH

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.




Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan
oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.